Mohamed Rahmat

Tan Sri Dato' Seri Mohamed bin Rahmat (4 Januari 1938 - 1 Januari 2010) [1] merupakan ahli politik UMNO/ Barisan Nasional yang terkenal di Malaysia. Beliau berketurunan Jawa, dilahirkan di Pulai,Johor, selatan Malaysia. 'Tok Mat' adalah gelaran singkat bagi beliau. Beliau turut digelar 'Tok Mat', 'Mat Setia', 'Mat Umno' ,'Mat Bulat' dan 'Mr Propaganda'. Ucapan sebelum dan semasa Perhimpunan Agung UMNO sentiasa dinantikan sama seperti pengulungan Presiden UMNO.Beliau merupakan pemimpin veteran UMNO Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan (1973) dan Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri (1974). Kemudian menjadi Menteri Penerangan sebanyak dua kali, iaitu dari 1978 hingga 1982 semasa kepimpinan Tun Hussein Onn dan dari 1987 hingga 1999 ketika kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia bertaraf Menteri dari 1982 hingga 1984.